Tuesday, January 10, 2017

Resepi Kimchi Sedap, Cepat Dan Mudah

Assalammualaikum.. My first post untuk tahun 2017. Alhamdullillah, Allah masih mengizinkan aku bernafas. syukur. Lately aku makin suka tengok drama korea. Perasan tak, cerita korea ni memang tak lari dengan babak makan dia. hamboi. tengok dia punya makanan terliur lah nak rasa. well, orang korea suka sayur kan. ibaratnya sayur ni makanan ruji plak. penuh meja dengan sayur. patut lah kulit flawless gituu. so today, aku nak share dengan korang resepi kimchi yang paling simple and mudah. pejam mata dah siap.okey tipu. haha. lepas ni kalau teringin nak rasa, try lah buat. insyaallah sedap. makan ngan nasi, ramen, megi, bubur.. ikut suka lah.



BAHAN-BAHAN:



Sayur:
  • Kubis Cina
  • Lobak Korea ( Daikon)
  • Daun Bawang


Untuk Sos:
  • Cencalok
  • Pes Lada
  • Serbuk Cili kering
  • Chili Flakes
  • Halia
  • Bawang Holland
  • Bawang Putih
  • Gula 

 Cara Jerukkan Kubis Cina:

  • Belah kubis kepada dua bahagian
  • Basuh Kubis bersih bersih
  • Lepas basuh, potong lagi kubis kepada tiga bahagian (kalau orang korea dorang belah dua je)
  • Lumurkan kubis dengan garam dan tambahkan sikit air agak agak tengelam je
  • Peramkan semalaman, Tapi aku rendam dalam 4 jam macam tu je. Agak-agak kubis dah lembut okay dah pada aku.
  • Bila dah settle, basuh bersih kubis yang dah di jeruk kemudian, tos kan. 





Penyediaan Sayur tambahan:

  • Basuh dan buang kulit lobak korea (daikon)
  • Basuh dan mayang daun bawang
  • Sejatkan air basuhan sayur sehingga kering



Cara Buat Sos Perapan Kimchi:

  • Blendkan bawang holland, halia dan bawang putih
  • Campurkan bahan blend ke dalam bekas
  • Masukkan pes lada satu peket kecil
  • Masukkan serbuk chili kering dan Chili Flakes
  • Masukkan cencalok lebih kurang 3 besar sudu (tak perlu masukkan garam sebab cencalok dah masin)
  • Masukkan sos ikan 5 sudu besar
  • Masukkan setengah genggam gula
  • Gaulkan mesra dan rasa sos. kalau kurang rasa, tambahkan bahan ikut selera









Cara Membuat Kimchi:

  • Gaulkan daun bawang dan lobak korea (daikon) dalam sos perapan
  • Ambil kubis yang telah di tos, dan masukkan kedalam bekas besar
  • Curahkan sos perapan ke atas sayur kubis
  • Gaul mesra sos dan kubis
  • Kemudian alihkan kubis yang sudah digaul ke dalam bekas kedap udara untuk di peram sehingga matang.  Tempoh matang biasanya lepas 2-3 minggu kalau ikut  kata Dr. Baek dalam rancangan big nation three. Kalau tak sabar, lepas 24 jam pun dah boleh ngapp. Tapi lagi lama peram lagi masam. lagi sedap. 





Sedap sungguh. Tak tipu. Makan nasi panas dengan kimchi kubis ni, terangkat. Kalau bubur kosong pun sedap makan dengan kimchi ni. Try tau. :)

No comments: