Thursday, February 26, 2015

Pengalaman Berpantang Sendiri

Assalammualaikum..

Hai youolsss. Today dah masuk hari ke 26 aku berpantang. Berpantang ke? haha. Pantang lalu kot. kehkeh. Mula-mula aku balik rumah, takde lah aku berpantang sendiri. mak mertua aku ada tolong jagakan. Mak mertua aku tolong uruskan aku, baby, abang fayaaz and masakan untuk aku and suami. pakej kemas kan rumah and basuhkan kain baju. Yang part ni memang aku tak suruh and suami aku pun tak bagi buat tapi mak mertua aku tetap nak buat. so, cuma boleh ucap bebanyak terima kasih aje. hihi. tapi seminggu je lah, lepas tu pepandai kau lah. hehe.

Aku sempatlah balik berurut. makk aihh bukan main sedap rasa badan bila dah kena urut. rasa lebih bertenaga and bermaya. So, balik je kl, aku rasa macam takde dah istilah berpantang bagi aku, ye lah. Pagi-pagi subuh aku bangun mandi and bakar tungku sendiri. Lepas mandi sementara tunggu tungku panas, sempat lah aku sapu losyen anugerah kat perut and pinggang. nak pakai bengkung memang tak lah. sebab kulit aku sensitif. bila pakai bengkung sure berpeluh kan. then nanti confirm naik gatal gatal macam gegata. uishh, memang tak lah aku nak bebarut. hehe.

then dah siap tu, kalau rajin aku mengemas rumah jap. kalo malas memang membuta je lah kejenya. ialaha aku pun bukan cukup tido. malam-malam bangun susukan Yara. Yara ni kalau menyusu memang lama gila. sampai tersengguk-sengguk aku di buatnya.

Dalam pukul 8.30 suami aku dah sibuk-sibuk nak gi keje. kalau sempat beralaslah perut suami aku. kalau tak, jawabnya tunggu lunch je lah ehh. hehe. Pukul 9 pagi aku sibuk mandikan Yara and bagi dia menyusu dalam setengah jam. Pastu bila yara dah tido dok sibukk pujuk abang fayaaz. well sejak yara lahir ni aku dapat rasakan yang fayaaz macam jauh hati je. kesian pulak rasa. rasa bersalah sangat. tu lah sape suruh beranak rapat-rapat! tapi ni kan rezeki..

Dah settle mandikan si abang, main-main kejap dengan dia and aku pun ajak dia landing sampai dia tertido. then susukan adik lagi.  pastu bersilat kemas rumah and memasak. basuh baju. ko rasa? sempat ke aku nak fefeelinggg berpantang? memang tak lah kan. Bila aku tengah fefeling sapu minyak panas kat kaki lepas tu verangan nak pakai stokin, boleh plak si fayaaz berakk. dah kena cabut balik stokin. Tengah nak bertungku si yara menagis nak susu.Time ni lah baru aku tahu apa itu "SUPERMOM". yealah semua benda kau sorang kena buat dalam satu masa. penat sangat.

Bila suami aku ada, baru lah aku ada masa nak rehat lebih. tapi kekadang tak jugak. sebab suami aku ngan si fayaaz ni suka sepahkan rumah. aku plakk memang jenis pantang tengok sampah mulalah nak mengemas and aku memang jenis tak puas hati kalau orang lain kemaskan rumah aku. tambah lagi satu penat. sehari dekat 10 kali aku menyapu. kalah alam flora uolss.  Tapi bila tengok anak-anak syurga yang Allah amanahkan ni, aku rasa hilang semua penat. rasa bahagia je. syukur, Alhamdullillah..



No comments: