Friday, June 6, 2014

Resepi Flaxseed Bread

Assalammualaikum..

Sepanjang mengamalkan diet atkins ni kekadang teringin jugak nak breakfast makan roti dengan telur mata. Tapi memang tak mustahillah sebab kita boleh buat Roti sendiri. So meh aku kongsi resepi Roti Low Carbo


Bahan-bahan Flaxseed Bread:

(1) 1/2 cawan Flaxseed
(2) 1/2 sudu teh garam
(3) 3 peket gula gantian - aku pakai eversweet
(4) 1/3 cawan minyak zaitun
(5) 3 biji telur
(6) 1 sudu besar serbuk penaik
(7) 1/2 cawan air
(8) 1 ts esen vanila

Cara-cara:

- Kisar flaxseed
- Pukul telur sampai kembang
- Campurkan semua bahan
- Masukkan dalam acuan
- Bakar pada suhu 200'c selama 15 minit.

**Roti ni boleh simpan tiga hari je tau sebab biasalah roti kan cepat berkulat. Bila nak makan rerajin ah panaskan dalam oven hokey.


Ni contoh cara aku makan Flaxseed bread. Korang boleh pelbagaikan. Makan dengan grill dada ayam, beef patty ke, then campur lah daun salad, mayo and sos buat sendiri hokey. Aku makan dengan telur and homemade sos je sebab malas. haha.

No comments: