Tuesday, January 8, 2013

Doa kesuburan untuk memudahkan proses kehamilan




Assalamualaikum

Hari ni aku rasa nak berkongsi doa kesuburan yang aku dapat dari internet. semoga dapatlah kita bersama-sama mengaplikasikannya. insyaallah dengan izin allah pasti ada berita gembira buat kita. Amin.

Ada di kalangan kita yang dah bertahun-tahun berkahwin tapi takde zuriat, ada pulak yang rezekinya awal. kahwin sebulan mengandung pun sebulam. alhamdullillah.

kadang-kadang mungkin belum sampai masanya lagi untuk Allah kurniakan zuriat buat kita. jadi jangan lah kita bersangka buruk pada Allah. tawakal dan usaha itu penting. jangan lupa untuk terus berdoa kepadaNya.

kadang-kadang mungkin di sebabkan masalah kesuburan yang di sebabkan masalah ovulasi, berat badan, usia, masalah saluran fallopian

Doa ini diantara yang baik diamalkan kepada wanita yang kurang subur kerana beberapa faktor diatas yang disebutkan tadi. InsyaAllah dengan mengamalkan dan dengan izin-Nya boleh merubahkan segala sesuatu dari yang buruk kepada yang baik untuk wanita yang mempunyai masalah kesuburan. Yang penting keyakinan kekuasaan-Nya dalam menyembuhkan.

Cara-caranya:

Sebelum memulakan bacaan:

1. Istighfar 10x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.
5. Doa Untuk Mendapat zuriat. (setiap kali selepas solat):







6. Doa Kesuburan (Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30) - 11x




Sediakan botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca "Doa Kesuburan" maka ditiupkan kepada air tersebut. Minum air bacaan setiap hari. Sapu air pada bahagian bawah pusat ke turun kebawah dengan air ini sebanyak tiga (3) kali sambil membaca "Doa Kesuburan". InsyaAllah pada bahagian yang bermasalah akan pulih dengan izin-Nya. Jika ada yang tersumbat maka akan terbuka saluran tersebut.

Maksudnya:

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

No comments: